KEINDAHAN AYAT SUCI

KEINDAHAN AYAT SUCI.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَللَّهُمَّ صَلىِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِله سيدنا مُحَمَّد

KEINDAHAN AYAT SUCI

TANYALAH USTAZ TV9 (Ustaz Surur Shahbuddin Hassan)

Perkara yang tidak akan rugi:

1)Membaca Al~Quran.

2)Mendirikan solat.

3)Sedekah.

DARI SEGI HUKUM BAGI ORANG YANG MEMBACA MERANGKAK?

Org yang baca merangkak akan dapat pahala belajar dan dapat pahala bersusah~susah baca Al~Quran.

Yang lebih penting berterusan membaca Al~Quran.

Allah menyuruh baca Al~Quran dgn tertib dan bertajwid.
RAMAI YG TAKUT,BELAJAR ILMU TAJWID DAN MERASAKAN ILMU TAJWID ITU SUSAH?

Apa sahaja yg kita buat yg lebih penting adalah niat. Kena ada niat untuk mengkhatamkan Al~Quran walaupun sekali seumur hidup.

Habis khatam ulang lagi…Jangan bila dah khatam terus ditinggalkan.

BENARKAH ORANG YANG MEMBACA AL~QURAN TERSANGKUT~SANGKUT AKAN DAPAT 2 PAHALA DAN BOLEHKAH DIA GUNA AL~QURAN MODEN MASA KINI TANPA BERGURU?

YA..Dapat 2 pahala..pahala kerana membaca Al~Quran dan pahala kerana bersusah~susah membaca Al~Quran.

Dan berusaha utk meningkatkan bacaan menjadi baik.

Boleh guna Al~Quran moden dan akan dapat juga ganjarannya.

Lebih baik jika belajar dengan berguru supaya mudah guru perbetulkan kesilapan.

SEJAUH MANA TUNTUTAN MEMBETULKAN BACAAN AL~QURAN?

Allah suruh Nabi baca Al~Quran dengan tajwid maka kita juga kena ikut apa yang disuruh oleh Allah.

Matlamat kita baca Al~Quran adalah membaca dengsn betul serta bertajwid.

 

BIASANYA APAKAH KESALAHAN UMUM YG BANYAK DIJUMPAI DALAM BACAAN AL~QURAN?

  1. Kesalahan yg berkaitan dgn huruf dan baris.
  2. Kesalahan mahraj dan sifat.
  3. Tidak menebal atau menipiskan huruf.
  4. Dengung dan tidak dengung.

APAKAH HUKUM MEMBACA AL~QURAN DGN TULISAN RUMI?

Baca Al~Quran dalam tulisan rumi tidak akan sama dengan tulisan jawi.

Boleh digunakan untuk mualaf yang baru nak belajar Al~Quran.

 

APAKAH HUKUM MEMBACA AL~QURAN CARA BERTARANUM?

Al~Quran memang disuruh baca dgn berlagu(bertaranum).

Taranum biasanya digunakan semasa musabaqah.

Bacalah Al~Quran walaupun kita tidak pandai sangat bertaranum.

 

ADAKAH SAMA GANJARAN PAHALA MENDENGAR BACAAN AL~QURAN MELALUI RADIO ATAU MENDENGAR ORG BACA DIHADAPAN KITA?

Mendengar juga sudah dapat pahala.

Tidak kira bagaimana cara mendengar,tetap akan dapat pahala.

Lebih baik sebelum tidur,dengar bacaan Al~Quran.
ALLAH JADIKAN DERIA KITA DAN GUNAKANLAH DERIA KITA UTK KEBAIKAN.

GUNAKAN TELINGA UTK MENDENGAR BACAAN AL~QURAN.
#InShaAllah_Aamiin

#BiarTahuJanganKeliru
@ImanQowiyy

Catat Komen

0 Ulasan