9 Sebab Pelan Takaful Wajib Dimiliki oleh Semua Orang

9 Sebab Pelan Takaful Wajib Dimiliki oleh Semua Orang | Takaful merupakan insuran islam yang patuh syariah, segala transaksinya tidak bercampur gaul dengan perkara-perkara haram seperti riba, perjudian dan ketidakpastian.

TAKAFUL adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab ‘Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud ‘Saling Jamin Menjamin‘.

Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Pelan Takaful Wajib Dimiliki

Pelan Takaful adalah satu topik yang bukan seronok untuk didengar. Akan tetapi jika anda duduk dengan seorang pakar Takaful, anda bukan sahaja yakin Takaful adalah pelan terbaik, malah anda akan merasakan yang anda perlu dan wajib mengambil Pelan Takaful untuk melindungi diri anda, keluarga, harta, tanggungan dan perniagaan anda.

Dibawah ini adalah merupakan 9 sebab pelan takaful wajib dimiliki semua orang.

9 sebab pelan takaful wajib dimiliki semua orang.

 

 

1) Perlindungan Penyakit Kritikal dan Lumpuh

Jika anda mengalami penyakit kritikal atau lumpuh, kemungkinan kewangan anda akan tergangu secara mendadak akibat anda berisiko untuk tidak dapat bekerja lagi. Pelan Takaful akan merancang bagaimana anda dapat menjana bantuan kewangan selaras dengan pendapatan bulanan anda.

 

2) Mati

Mati tiba-tiba dalam kemalangan atau penyakit yang tidak dijangka atau sebab-sebab tertentu. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Sekiranya anda perhi dahulu, Takaful membantu keluarga tersayang anda membayar hutang-hutang, bil-bil, kos-kos tambahan yang anda telah lakukan semasa hidup. Ketahuilah bahawa takaful menafikan perkataan “Aset Beku”. Mudahkan urusan keluarga tersayang anda dengan menyediakan Pelan Takaful mulai dari sekarang.

 

3) Ketenangan Apabila Berlaku Musibah

Pelan Takaful boleh membantu memberi perlindungan kepada ketidaktentuan yang bakal berlaku dalam kehidupan. Jika anda mempunyai Pelan Takaful, ketika musibah berlaku bantuan kewangan telah anda siap sediakan. Jika tidak, anda mengharapkan belas kasihan adik beradik, saudara mara dan sahabat. Bayangkan keadaan fikiran anda ketika itu.

4) Bil-bil Perubatan

Dalam keadaan kos perubatan hospital makin tinggi, ruang tempat di hospital kerajaan makin padat dan dalam keadaan ekonomi yang makin merosot, Pelan Takaful membantu anda dalam memudahkan dan menyelesaikan masalah ini. Dapatkan rawatan ketika anda sakit dalam keadaan selesa yang maksimum.

5) Tabung Simpanan

Selain kebaikan faedah tempoh matang, pelan takaful turut melampirkan ruang untuk melabur melalui pelaburan syariah yang dibenarkan dalam Islam. Simpanan bertempoh yang disertakan dengan pelaburan terbukti mempunyai kebaikan yang besar. Anda boleh merancang untuk membuat umrah, pendidikan anak-anak, hartanah dan lain-lain.

 

6) Perlindungan Untuk Bisnes

Pelan Takaful bukan sahaja untuk individu. Ia boleh melindungi perniagaan daripada kerugian kewangan, liabiliti atau ketidakstabilan dalam kes kematian seorang pemilik perniagaan atau rakan kongsi. Sama ada Pelan Takaful yang diambil berjangka masa pendek mahupun untuk jangka masa panjang. Ia tetap sangat bernilai untuk sebuah bisnes yang telah anda usahakan dengan penuh kerja keras.

 

7) Perlindungan Mereka Yang Anda Sayang

Semasa anda hidup, anda bekerja keras menjaga pasangan anda, anak-anak, ibu bapa dan ahli keluarga. Kiranya anda sudah tiada, adalah amat penting untuk menyediakan satu pelan kewangan yang stabil untuk mereka terus hidup selesa sekurang-kurangnya 5 tahun akan datang.

 

8) Pencen dan Bersara

Anda boleh menggunakan takaful sebagai pelan persaraan. Sekiranya risiko-risiko tidak terjadi dalam beberapa tempoh. Simpanan anda boleh dikeluarkan selepas tempoh matang pelan takaful tersebut. Ia sangat membantu anda dalam keselesaan selepas bersara.

 

9) Saham Akhirat

Selain meninggalkan sejumlah simpanan untuk yang tersayang. Anda juga boleh menggunakan Pelan Takaful untuk meng”hibah”kan sejumlah untuk amal jariah. Nukan sahaja untuk kegunaan keluarga, ia juga boleh digunakan untuk masyarakat pada masa depan seperti Masjid, Maahad Tahfiz, Rumah anak-anak Yatim dan sebagainya.

Jikalau ada sebarang pertanyaan, anda boleh bertanya kepada saya sendiri:

Saudara Ahmad Amiruddin di talian 018-9112460 / 014-5102376

Perunding Pelan Kewangan Anda..

Saya akan membantu anda menguruskan kewangan serta penyertaan takaful.

#happilyhelpingothers
#yourriskmanagementconsultant
#yourlifeprotectionconsultant
#sayapilihprodukkewanganIslam
#GulfEvolution

Catat Komen

0 Ulasan