Apa Manfaat Dalam Sijil Takaful Anda?

Apa Manfaat Dalam Sijil Takaful Anda? Manfaat dalam sijil takaful adalah penting bagi setiap orang yang telah menyertai takaful untuk menyemak semula sijil tersebut.

Sijil takaful yang mereka sertai itu bukan hanya sekadar Medical Card, pampasan kematian atau terkena penyakit kritikal, hilang keupayaan kekal.

Jadinya, saya sarankan kepada yang telah mengambil sijil takaful supaya menyemak semula apa manfaat dalam sijil takaful anda. Jom kita sama-sama semak sekarang apa manfaat daripada sijil takaful yang anda sertai. 🙂

Manfaat Dalam Sijil Takaful

Perkara utama yang dilihat dalam takaful adalah manfaatnya jikalau berlaku sesuatu kejadian diluar jangkaan seperti kemalangan, kematian, kehilangan keupayaan kekal dan penyakit kritikal.

Manfaat takaful ini bakal kita perolehi dalam bentuk wang pampasan kepada penama apabila peserta ditimpa musibah. Dengan wujudnya manfaat takaful ini, secara tidak langsung dapat meringankan beban yang ditanggung oleh peserta dan ahli keluarganya.

Contohnya tangungan anak-anak dan isteri, hutang rumah atau kereta dan lain-lain yang memerlukan sumber kewangan.

Kelebihan Penamaan dalam Sijil Takaful

Peserta mesti meletakkan penamaan dalam perjanjian siapa yang bakal memperolehi wang pampasan tersebut untuk membolehkan pihak takaful memberi wang pampasan.

Merujuk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Peserta takaful mempunyai dua pilihan dalam melakukan penamaan.

Yang pertama, mana-mana peserta takaful layak untuk melantik individu yang diingini untuk menerima manfaat takaful sebagai penerima dan pemilik manfaat.

Yang kedua, peserta boleh melantik mana-mana individu untuk menjadi pemegang amanah atau Wasi.

Rasulullah bersabda, maksudnya, “Jika engkau tinggalkan keluargamu dalam keadaan baik (kaya), itu lebih bagus daripada engkau tinggalkan mereka menadahkan tangan meminta-minta kepada orang ramai.” (Sahih Bukhari)

Penama-penama ini akan memperoleh manfaat takaful apabila berlaku musibah kematian ke atas peserta Takaful. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan di antara penerima manfaat takaful dan pemegang amanah atau Wasi untuk manfaat takaful.

Manfaat Pertama : penerima manfaat takaful (Hibah).

Pemberian manfaat takaful ini akan menjadi milik penerima secara mutlak bahkan tidak tertakluk pada hutang si mati. Ini kerana kontrak yang mendasari pemberian ini adalah berdasarkan konsep Hibah bersyarat.

Setelah mana kematian peserta Takaful, maka syarat untuk menerima manfaat takaful secara automatik akan menjadi milik penama.

Peserta Takaful boleh menukar nama individu yang bakal memperoleh manfaat takaful pada bila-bila masa sahaja. Mereka juga tidak perlu mendapat persetujuan daripada penama lain ketika beliau masih lagi hidup.

Penamaan yang ditawarkan di dalam Takaful sangatlah fleksibel kerana peserta takaful boleh melantik mana-mana individu. Individu yang dilantik tidak mengira latarbelakang agama yang dianuti serta bangsa kerana ianya berbentuk hibah.

Malah pemberian ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana ahli waris si mati dalam tuntutan harta. Kerana manfaat hibah tersebut telah dipindah milik kepada penama dan proses penamaan telah berlaku ketika hayat peserta Takaful tanpa ada sebarang keraguan.

Kelebihan Manfaat Hibah

Manfaat hibah ini akan diberikan dengan kadar segera kepada penama dan tidak tertakluk kepada harta pusaka si mati. Dengan adanya manfaat sebegini rupa, maka ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga sekiranya berlaku kematian ke atas ketua rumah atau sebagainya.

Jika terdapat ahli waris yang menjadi penerima manfaat takaful, sebagai contoh isteri, beliau bolehlah menggunakan wang pampasan tersebut untuk meringankan tanggungan selepas kematian suaminya bagi meneruskan kelangsungan hidup keluarga beliau dan anak-anak.

Perkara ini selaras dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W:

“Jika engkau tinggalkan keluargamu dalam keadaan baik (kaya), itu lebih bagus daripada engkau tinggalkan mereka menadahkan tangan meminta-minta kepada orang ramai.” (Sahih Bukhari)

Manfaat Kedua : pemegang amanah atau Wasi peserta takaful.

Manfaat tersebut tidak akan menjadi milik Wasi namun, Wasi mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk menguruskan manfaat takaful tersebut kepada ahli waris si mati secara hukum Faraid bagi yang beragama Islam dan bagi yang bukan Islam mengikut undang-undang yang berkaitan dengan mereka.

Dalam hal ini, manfaat takaful akan dikira sebagai harta mutlak si mati dan akan tertakluk kepada hutang si mati sekiranya ada.

Sekiranya peserta tidak melakukan penamaan ketika menyertai sijil Takaful, ahli waris terpaksa melalui pelbagai proses yang merumitkan supaya pihak pengendali takaful dapat menyerahkan tuntutan manfaat takaful kepada ahli waris yang berhak selepas kematian peserta.

Dalam hal ini, sewajarnya tidak boleh menyalahkan pihak pengendali Takaful sekiranya berlaku kelewatan dalam proses pemberian manfaat Takaful tersebut.

Penutup

Oleh yang demikian para Peserta takaful haruslah bijak dalam membuat penamaan bagi memenuhi tujuan dan matlamat yang akan memberi kemudahan kepada semua pihak termasuk ahli keluarga seterusnya pihak pengendali takaful bagi peningkatan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Wallahu’alam.

 

Yang Ikhlas Saudara,

Ahmad Amiruddin

018-9112460 / 014-5102376

Perunding Kewangan

Saya akan membantu anda menguruskan kewangan serta perunding takaful takaful.

#happilyhelpingothers
#yourriskmanagementconsultant
#yourlifeprotectionconsultant
#sayapilihprodukkewanganIslam
#GulfEvolution

Catat Komen

0 Ulasan