Perkara Yang Perlu Anda Faham Sebelum Mengambil Takaful

Perkara Yang Perlu Anda Faham Sebelum Mengambil Takaful adalah memahami polisinya. Perlindungan takaful adalah amat penting pada masa kini kerana peningkatan kos rawatan terutamanya menyebabkan anda kering poket.

Persoalan Penting

Beberapa soalan penting yang perlu kita tahu sebelum mengambil takaful/insurance ialah:

  1. Perlindungan apakah yang diperlukan?
  2. Berapa jumlah perlindungan yang dicover setiap jenis perlindungan?
  3. Berapa bayaran bulanannya.

Bila anda sudah mempunyai jawapan no 1 dan no 2, barulah meminta agen takaful memberikan quatation mengikut keperluan kita sendiri. Jika anda tidak mempunyai jawapan, anda boleh minta khidmat nasihat daripada agen berdasarkan keperluan kita sendiri, bukan keperluan agen.

Fahami Polisi Sebelum Melanggan.

Anda mesti ingat, tujuan utama takaful adalah untuk perlindungan, bukan untuk simpanan. Walaupun bukan simpanan, duit yang anda carum tiap-tiap bulan beberapa peratus sahaja akan dimasukkan ke dalam tabung simpanan. Tabung simpanan ini boleh dikeluarkan pada tempoh yang matang ditambah keuntungan pelaburan.

Jadi apabila anda mengambil takaful, semak betul-betul apa yang dicover dan apa yang tidak dicover. 90% mereka yang mengambil pelan takaful tidak menyemak pelan takaful mereka. Apabila berlaku musibah barulah nak marah-marah kepada agen dan syarikat takaful sebab tidak cover. Sedangkan kita sendiri tidak mengambil cakna terhadap polisi kita.

4 Jenis Perlindungan Takaful

Kebiasaannya produk takaful mempunyai 4 jenis perlindungan utama yang ditawarkan iaitu, kemalangan, medical card, penyakit kritikal dan kematian serta lumpuh.

  1. Kemalangan diri
    • Perlindungan ini biasanya cover kes kematian dan lumpuh kekal disebabkan kemalangan sahaja. Selain daripada kemalangan tidak dicover. Duit pampasan yang diterima penting untuk ahli waris untuk meneruskan kehidupan atau membayar hutang bila sumber kewangan tiada.
    • Kebiasaan perlindungan ini sesuai untuk mereka yang selalu berisiko untuk berlaku kemalangan.
  2. Medical Card
    • Perlindungan ini cover bil hospital samada disebabkan jatuh sakit atau kemalangan. Syarat untuk mendapat perlindungan ini, pesakit mestilah berada dihospital sekurang-kurangnya sehari atau ditahan di wad.
    • Kalau majikan dah cover rawatan hospital, anda boleh simpan medical card ini, untuk kegunaan suatu masa nanti apabila tidak dicover. Jikalau anda memasuki hospital kerajaan, anda akan memperolehi hospital income benefit RM100 sehari (bergantung kepada pelan takaful yang diambil).
    • Jika mempunyai dua polisi takaful daripada syarikat yang berbeza, anda hanya boleh menggunakan salah satu sahaja.
  3. Penyakit Kritikal
    • Pampasan akan dibayar terus apabila kita disahkan menghadapi penyakit kritikal oleh doktor. Nilai pampasan yang dibayar mengikut nilai yang telah dicover semasa mengambil quatation. Pampasan ini membolehkan membayar duit rawatan, bil hospital, perbelanjaan hidup dan apa sahaja.
    • Jikalau anda mempunyai medical card, satu kelebihan buat anda kerana rawatan hospital tidak perlu dibayar mengguna duit pampasan ini, kerana telah dicover oleh medical card.
    • Jikalau anda mempunyai 2 polisi takaful daripada syarikat yang berbeza anda boleh claim kedua-dua sekali gus.
  4. Kematian, lumpuh kekal dan apa sahaja termasuk kemalangan.
    • Polisi ini adalah berbeza daripada polisi kemalangan diri, kerana polisi ini cover apa sahaja punca kematian dan lumpuh kekal samada disebabkan kemalangan atau penyakit kritikal atau sakit tua.
    • Polisi ini lebih mahal berbanding polisi kemalangan diri.

BERAPA PERLINDUNGAN PERLU DIAMBIL?

Berapa perlindungan yang perlu diambil adalah bergantung keatas kemampuan diri kita sendiri. Jika mempunyai bajet yang lebih ambillah perlindungan yang lebih mahal, jika tiada bajet ambillah perlindungan yang dirasakan penting sahaja. Semakin besar bajet kita, semakin mahal perlindungan dan manfaat yang diperolehi. Semakin tinggi nilai bayaran bulanan semakin tinggi nilai perlindungan yang dapat.

Oleh sebab itu, ianya penting untuk anda mengetahui apa tujuan kita membayar takaful dan apa perlindungan yang kita mahu.

Jika anda tidak mampu untuk mengambil perlindungan yang mahal, cukuplah yang murah dahulu. Nanti bila kewangan dah kukuh, boleh tambah nilai perlindungan anda pada bila-bila masa sahaja. Lagi awal lagi bagus kerana umur masih muda bayaran bulanan lebih rendah berbanding mereka yang berumur.

Nasihat Pakar

Saya menasihati supaya anda dapatkan khidmat nasihat tentang takaful, anda juga boleh menghubungi saya atau komen diruangan dibawah. Sebelum saya mengakhiri artikal ini, “4 nasihat sebelum ambil takaful” yang saya petik daripada Tuan Mohd Zulkifli dari blognya www.mohdzulkifli.com .

4 Nasihat SEBELUM AMBIL TAKAFUL

  1. Ambil perlindungan yang kita perlu sahaja.
  2. Jangan cover berlebih-lebihan sebab nanti bayaran mahal dan membazir.
  3. Jangan terlalu rendah nilai perlindungan hingga tak membantu bila berlaku musibah.
  4. Jangan jadikan takaful sebagai platform untuk SIMPAN DUIT. Ia adalah perlindungan, bukan simpanan. Duit yang kita bayar tu, anggaplah ianya sedekah 100%.

sumber rujukan: www.mohdzulkifli.com.

Yang Ikhlas Saudara,

Ahmad Amiruddin

018-9112460 / 014-5102376

Perunding Kewangan

Saya akan membantu anda menguruskan kewangan serta perunding takaful.

#happilyhelpingothers
#yourriskmanagementconsultant
#yourlifeprotectionconsultant
#sayapilihprodukkewanganIslam
#GulfEvolution

Catat Komen

0 Ulasan