Usrah Himmah 2017 siri 1 : Wabak Sepanjang Jalan Wabak 1 Al Futur

Usrah Himmah 2017 siri 1 : Wabak Sepanjang Jalan Wabak 1 Al Futur | Alhamdulillah 28/1/2017 merupakan usrah pertama diadakan oleh Persatuan Mahasiswa Tanah Merah. Pada usrah kali ini, mengupas sedikit kitab wabak sepanjang jalan yang dikarangkan oleh Dr Al-syed Muhammad Noh.

Kami hanya sempat berbincang satu topik sahaja atau satu wabak sahaja daripada 7 Wabak kesemuannya. Dan penyampai usrah pada kali ini ialah Us Wan Abu Bakar b Wan Mahusin.

Topik Perbincangan

Buku ini membincangkan tentang penyakit atau wabak yang sering menyerang para ‘amilin(pejuang) gerakan islam. Masalah dalaman ini sentiasa mengganggu gugat perjalanan gerakan islam. Ianya berpunca dari tindak tanduk para pendukung islam yang tidak komited dan gagal mempersiapkan diri sebagai pendukung islam.

Wabak 1 : Al Futur

Tahap al futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan

Sebab-sebab berlaku al futur:

  1. sikap keterlaluan dalam agama
  2. membazir dan melampaui batasan menggunakan sesuatu yg diharuskan
  3. meninggalkan jemaah dan memilih hidup berseorangan
  4. kurang mengingati mati dan akhirat
  5. pengabaian melakukan ibadat harian
  6. mengambil makanan yang haram atau syubhah
  7. penumpuan ‘amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran islam
  8. gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan
  9. mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab di samping kekurangan tenaga ‘amilin
  10. tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan
  11. mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar
  12. sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jemaah
  13. terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh

Catat Komen

0 Ulasan