7 TEKNIK MUDAH CLOSED SALE DI WHATSAPP

7 TEKNIK MUDAH CLOSED SALE DI WHATSAPP | Saya tertarik 7 teknik mudah closed sale di whatsapp yang dikongsikan oleh facebook page Gegey AcademyAnda bolehlah like facebook page ni..

Ramai yang menghadapi masalah untuk closed sale melalui whatsapp. Malah yang lebih teruk lagi mereka buat iklan facebook ads, prospek meninggalkan no telefon apabila follow up dan menghubungi mereka hanya meninggalkan blue tick sahaja.

Jadi pada posting kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua melalui blog saya yang telah dikongsikan oleh fan page Gegey Academy 7 teknik mudah closed sale di whatsapp. Teknik ini Gegey academy tidak menjanjikan sale yang berganda tetapi teknik ini adalah teknik yang paling efektif berdasarkan client mereka.

Contoh produk : Kesihatan (CellMaxx)
Situasi : Prospek nampak iklan & terus whatsapp

Jom praktiskan teknik ini sekarang..

7 TEKNIK MUDAH CLOSED SALE DI WHATSAPP

7 TEKNIK MUDAH CLOSED SALE DI WHATSAPP

STEP 1 – TERIMA KASIH

Bila mula2 prospek whatsapp/PM tanya harga, anda perlu RILEK DULU.. Jika harga produk RM80 keatas, Elakkan dari terus beritahu harga sebelum sampai STEP 3.

Contoh :
“Terima kasih kerana berminat puan (Nama).. Kak Na dri XXX sedia bantu masalah puan yerr..”

*Step ni utk menghargai prospek kerana telah berusaha contact kita..
*Mengelakkan dari terlalu hardsell..

STEP 2 – TANYA SOALAN @ BERI PILIHAN

Langkah ini ialah untuk mengenal pasti masalah prospek & mengawal perbualan.. Supaya kita boleh memahami kehendak pelanggan.. Tanya minimum 3 soalan utama ATAU beri mereka beberapa pilihan masalah yg paling “Common”

Contoh A :
“Sebelum tu puan, Boleh Kak Na tahu puan menghidap penyakit ape? Dh brapa lama yer?”

Lepas dia jawab sambung soalan berkaitan,
“Oh, dh pernah operate ke puan? Dimana?”

Contoh B :
“Sebelum tu puan, Boleh beritahu masalah yg puan hadapi dari senarai dbawah?

Diabetes
Strok
Gout
Patah tulang (accident)
.
*Sambung perbualan atau soalan ringkas

STEP 3 – RELATE & MATCHING

Selepas prospek jawab n cerita masalah, kita EXPLAIN kenapa masalah itu terjadi & bagi sedikit info supaya dia faham.. Buat kajian dulu supaya boleh jawab dan beri gambar Infografik. Jadi PAKAR bukan JURUJUAL!

Contoh :

“Ok baiklah sy faham puan.. Biasanya masalah XXX terjadi adalah sebab XXX bercampur dgn lebihan molekul XXX dalam saluran darah maka jadi tersumbat menyebabkan kandungan gula tinggi.. “

*Send gambar/infografik
*pastikan ringkas & menarik

STEP 4 – UVP & MANFAAT PRODUK
UVP – Unique Value Proposition

Terangkan bagaimana KEUNIKAN NILAI produk dapat bantu masalah prospek.. Sertakan juga bukti2 sokongan atau kajian2 yg SAHIH.

Contoh :

“Insyaallah puan(Nama) dengan produk YYY ni akan bantu menjana sel2 XXX bagi menghalang jangkitan kuman ZZZ agar kencing manis puan berkurang.. Yerlah, xkn nk tggu sampai terjadi XXX dlu baru nk insaf kan?

STEP 5 – BERI TESTIMONI

Bagi dia jawab dlu then Matching kan masalah yg dialami dgn Testimoni yg SAMA. Pastikan beri 2 testimoni bersama sedikit penerangan. (WAJIB)

Contoh :

“Sebelum ni Puan Maria pon ad msalah yg sama dgn puan.. Alhamdulillah lepas guna XXX selama 2 minggu kesihatan dia semakin baik.. Tiada lagi masalah ZZZ.. Mesti best kan puan dpt YYY sperti org lain?”

*pastikan testimoni tu nampak ORI & Professional
*akhiri setiap penerangan dgn soalan

STEP 6 – JAWAB PERSOALAN DENGAN USP
USP – Unique Selling Point

Menurut kajian, psikologi manusia bila sampai tahap ni dia dah tahu nilai produk cuma belum yakin apakah betul keputusan dia sendiri bakal buat.. Masa ni lah kita kena YAKINKAN prospek dengan kelebihan USP produk atau servis kita..

Contoh :

“Jgn risau puan, Kak Na beri jaminan produk ni 100% dari bahan organik & lulus KKM.. Utk pengetahuan puan juga, CellMaxx baru2 ni menang award XYZ ISO 1009 di Columbia..”

*send gambar sijil KKM, Halal atau yg berkaitan (jika ada)

STEP 7 – CALL TO ACTION (CTA)

Harga diberi pd step terakhir bersama dgn kata arahan yg memujuk. Baru lah prospek xterkejut dgn harga korang sebab AT LEAST dh nmpak nilai sebenar produk kita..

Contoh :

“Dari ap yg puan (Nama) ceritakan td, sy masalah yg puan hadapi skrg perlu dirawat segera sebelum makin teruk.. Sy cadangkan puan amik dlu 2 set sbb sy boleh bg diskaun RMxx.. Harga asal RMxxx & diskaun ni terhad utk 24jam shja yerr. Puan nk cuba 1 atau 2 dulu?”

*lepas tu boleh bg maklumat bayaran & postage
*boleh masukkan juga free gift atau lain2 utk closing lagi power
*jgn buat “Sense of Urgency” yg menipu yer. Jujur lah dlm urusan bisnes!

JANGAN KEDEKUT ILMU, SILA SHARE YERR..

Sy harap perkongsian ni dapat membantu bisnes anda wlaupon sdikit..

Selamat membaca & praktis terus.. SHARE jugak pd yg lain biar lebih ramai tahu.. Semoga bermanfaat..

P/S : Lepas ni Gegey Academy nk share “The Power of Follow Up” pula.. Jgn lupa LIKE page Gegey Academy kalau tak nak terlepas..

Ingin tambah pendapatan tambahan? Jom jadi agen dropship dengan saya sekarang. Saya akan ajar korang bagaimana meroket jualan tanpa sebarang kos facebook ads. Korang Just follow apa yang saya ajarkan. InsyaAllah teknik ni berkesan, dan ada mampu melalakukan jualan sehingga RM200,000 dalam masa 6 minggu sahaja.

Catat Komen

0 Ulasan