Apakah Akan Berlaku Jika Risiko Menjadi Realiti ?

Apakah Akan Berlaku Jika Risiko Menjadi Realiti ? Risiko ialah perkara-perkara yang ketidakpastian dalam kehidupan.

Antara risiko yang ketidakpastian dalam hidup ialah kematian lebih awal, Penyakit Kritikal, Ketidakupayaan, Rawatan hospital serta pendapatan masa hadapan.

Apabila risiko ketidakpastian ini berlaku, semua perancangan kewangan akan tergangu. Selain itu HARTA yang terkumpul juga akan dileburkan dan TABUNGAN juga perlu dicairkan. Namun, liabiliti yang sedia ada akan terus kekal. Betul tak?

Jadi ketidakpatian atau risiko ini boleh musnahkan aspirasi masa depan anda. Betul tak?

Dan pernahkah anda terfikir tentang risiko yang saya nyatakan diatas? Dan tahukah bahawa risiko ini dapat dikurangkan dan diatasi.

Jom baca lebih lanjut bagaimana nak kurangkan masalah risiko ini.

Segi Tiga Pengurusan Wang

Dalam menguruskan risiko, kita mestilah bijak dalam mengurus sumber kewangan. Jika bijak dalam mengurus kewangan ini, risiko yang dihadapi boleh dikecilkan. Segi tiga pengurusan wang ini menerangkan kepada kita cara berbelanja dengan pendapatan yang ada.

Peringkat pertama

Ketika mempunyai pendapatan, perkara utama yang anda perlu buat ialah melaburkan dalam perkara asas seperti Kenderaan, Rumah, Pakain Ubatan dan Makanan. Pada peringkat ini juga, anda perlu mula menghasilkan aset untuk tangunggan dan juga pengumpulan harta. Tujuannya ialah perlindungan untuk kestabilan kewangan untuk tangunggan.

Peringkat kedua

Pada peringkat ini ialah peringkat perlindungan. Semasa peringkat inilah anda perlu cuba fikir bagaimana untuk kekalkan harta yang dah ada semasa pengumpulan aset pada peringkat pertama.

Peringkat perlindungan ini lebih kepada insyuran atau takaful. Sebagai contoh anda mengumpulkan harta seperti rumah dan kereta. Anda perlu membeli insyuran untuk melindungi harta ini ketika berlaku musibah, sekurang-kurangnya anda tidak rugi.

Selain perlindungan aset, perlindungan perubatan juga perlu. Andaikata jika berlaku kejadian musibah kepada orang tersayang dan memerlukan kos rawatan yang tinggi. Adakah anda ingin menjual harta seperti rumah dan kereta serta habiskan wang tabungan dengan serta merta? Atau tinggalkan begitu sahaja orang tersayang yang sedang mengalami kesakitan? tidak munkin kan, jika anda seorang manusia yang normal.

Jadi perlindungan perubatan juga perlu. Antaranya mengambil tabungan takaful seperti mediplan dan juga hibah kemalangan, sakit kritikal serta hibah kematian. Dengan perlindungan ini, anda tidak perlu bersusah payah mencari dana kewangan dengan segera kerana anda sudah dilindungi oleh takaful.

Peringkat Ketiga

Pada peringkat ini, jika anda mempunyai wang lebihan. Bolehlah membina pendapatan bentuk pelaburan. Pelaburan ini merupakan perkara jangka masa yang panjang untuk persaraan, pendidikan serta gaya hidup.

Apabila berlaku risiko

Apabila berlaku risiko seperti penyakit kritikal, hilang upaya kekal serta kematian awal, tentu peringkat pertama dan peringkat kedua anda sudah tidak mampu lagi untuk aplikasi dalam kehidupan. Kerana anda sudah hilang pendapatan.

Jika anda mengambil perlindungan takaful perubatan, untuk peringkat ketiga anda tidak akan tergangu kerana musibah tersebut sudah dicover oleh polisi takaful dan hibah. Walaupun polisi sudah habis dicover, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai pendapatan melalui pelaburan anda.

Jika tidak mengambil perlindungan takaful perubatan, untuk peringkat ketiga ini terpaksa digangu dan terpaksa guna untuk kos rawatan serta duit poket serta merta kerana tiada bantuan daripada pihak lain ataupun bantuan tidak mencukupi.

Bagaimana Kita Hendak Bermula dalam menguruskan risiko?

Jika kita lihat balik segi tiga kehidupan diatas, selepas perbelanjaan dalam keperluan asas serta pengumpulan aset, anda akan lihat pada stage kedua iaitu perlindungan. Ya, perlindungan lah merupakan perkara asas untuk menguruskan risiko.

Dalam perlindungan, kita bersedia jikalau apa-apa yang berlaku dimasa hadapan tanpa dijangka seperti kecurian kereta, rumah terbakar atau sakit kritikal terutamanya. Dengan perlindungan sekurang-kurangnya kita mempunyai dana untuk mengurangkan risiko ini tanpa melibatkan penjualan aset semata-mata untuk mendapatkan dana dengan segera.

Jika anda mempunyai aset yang banyak sekalipun, bukan mudah untuk dicairkan kerana ia memerlukan masa yang lama untuk dicairkan dan dapat dana dengan segera, kecualilah anda menjual aset di bawah harga pasaran yang begitu murah.

Jom Bermula Menguruskan Risiko

Untuk bermula dalam menguruskan risiko, di Malaysia, insurans atau syarikat takaful yang menawarkan perlindungan ini. Anda hanya perlu menyumbang sekurang-kurangnya 5-10% daripada pendapatan anda.

Dengan hasil sumbangan 5-10% hasil pendapatan setiap bulan, anda boleh mengurangkan risiko malah munkin boleh membasminya dengan bantuan dana yang diberikan oleh syarikat takaful.

Dengan sumbangan ini juga, anda boleh mendapatkan dana yang besar dengan segera tanpa perlu menyimpan berpuluh tahun untuk mendapatkannya.

Contohnya:

Anda mengalami musibah sakit kritikal, dan kos rawatan sakit kritikal adalah RM300,000. Bagaimana untuk mendapatkan dengan segera?

Jika anda menyimpan RM300 sebulan, masa yang diperlukan ialah 50 tahun, untuk cukupkan RM300,000.
Jika anda ingin bekerja lebih masa juga tidak boleh kerana anda sedang menghadapi sakit kritikal.

Jadi penyelesainya, semasa sihat anda boleh menyumbang dalam takaful, sebagai penyediaan semasa sakit nanti. Di Takaful Ikhlas, ikhlas link secure, dengan sumbangan RM300 sebulan, dalam masa 60 hari, anda sudah mempunyai dana risiko sebanyak RM300,000. Selain itu, anda juga mempunyai rawatan hospital sebanyak 850,000 serta alaun hospital sebanyak RM300 sehari.

Selepas anda disahkan terkena penyakit kritikal atau lumpuh, sumbangan setiap bulan tidak perlu lagi dibayar sehingga sijil tamat berumur 100 tahun.

Anda juga boleh baca artikal saya sebelum ini disini: Cara Mendapatkan Dana Perubatan Dengan Segera

Selain itu, takaful ikhlas juga melindungi 36 penyakit kritikal, anda boleh baca disini 36 penyakit kritikal yang dilindungi.

Penutup

Oleh itu, perlindungan adalah perkara yang penting untuk melindungi aset anda daripada kehabisan begitu sahaja ketika ditiimpa musibah atau risiko. Jadi untuk mendapatkan perlindungan ini, saya sarankan supaya anda mengambil takaful sebagaimana yang terdapat dalam peringkat kedua segitiga kehidupan sebagai persediaan pada masa hadapan. InsyaAllah..

Yang Ikhlas Saudara,

Ahmad Amiruddin

018-9112460 / 014-5102376

Perunding Kewangan

Saya akan membantu anda menguruskan kewangan serta perunding takaful..

#happilyhelpingothers
#yourriskmanagementconsultant
#yourlifeprotectionconsultant
#sayapilihprodukkewanganIslam
#GulfEvolution

Catat Komen

0 Ulasan