Bekerja Dalam Sektor Kerajaan? Perlukah ambil takaful?

Bekerja Dalam Sektor Kerajaan? Perlukah ambil takaful? Ini adalah persoalan yang sering ditanya oleh mereka yang berada dalam sektor gomen atau sektor kerajaan. Kerana mereka berasa selesa kos perubatan dan rawatan mereka sudah ada manfaat perubatan di hospital kerajaan.

Bekerja Dalam Sektor Kerajaan? Perlukah ambil takaful?

Walaupun mempunyai manfaat perubatan, ramai yang tidak tahu disebalik kemudahan perubatan ini mempunyai had dan batasnya.

Saya rasa perlu

Persoalan, kalau jatuh sakit terutamanya sakit kronik;

(1) Bila melibatkan kos rawatan yang besar, kita tetap kena bayar jumlah yang besar kepada hospital kerajaan. Sebab tu walaupun masih ada hospital kerajaan, ramai rakyat Malaysia yang terkena penyakit kronik terpaksa minta sumbangan untuk rawatan.

(2) Untuk dapat rawatan hospital kerajaan, kita kena ikut giliran. Terpaksa ikut giliran sebab pesakit yang menunggu ramai. Tempoh menunggu tu berisiko samada penyakit kita semakin teruk atau silap haribulan kita mati dulu baru sampai giliran kita. Kes begini memang berlaku. Kalau hospital swasta, kita dapat akses kepada doktor pakar lebih cepat.

(3) Wad kerajaan terlalu padat dan doktor terlalu sibuk. Dibawah ini adalah kisah yang dipetik daripada sumber yang terpilih.

Dari sudut keselesaan, banyak hospital kerajaan dah terlalu crowded. Arwah mentua saya meninggal Ramadhan tahun lepas (2013) di hospital kemaman. Apa yang mendukacikakan saya ialah, wad yang sepatutnya hanya untuk 6 katil, tapi terpaksa sumbat 11 katil! Para pesakit tak ada privasi langsung. Katil rapat2. Pendek kata, jarak antara katil hanya muat seorang sahaja berdiri, tak muat untuk letak kerusi. Hinggakan disaat mentua saya nazak, saya terpaksa baca yasin disebelah beliau sambil berdiri! Bila beliau menghembuskan nafas terakhir, semua lagi 10 katil boleh nampak arwah tu sedang nazak dah hembuskan nafas terakhir. Bila dah meninggal, biras saya terus panggil doktor. Doktor terlalu sibuk melayan ramai pesakit. Lepas 5 minit meninggal baru doktor sampai!

Dalam kes tu, saya tak salahkan doktor dan hospital kerajaan. Tapi saya rasa, alangkah baiknya kalau kami adik-beradik ipar duai dapat hantar arwah mentua tu dapat rawatan di hopital lebih baik? . At least, suasana hospital swasta yang lebih kondusif dapat beri motivasi untuk pesakit tu cepat sembuh.

(4) mana sumber pendapatan untuk teruskan hidup? Tak silap saya, kerajaan cuma bayar gaji penuh untuk berehat dapatkan rawatan hanya 2 tahun. Itu berdasarkan kes arwah kakak ipar saya yang meninggal disebabkan kanser 2 tahun lepas.

(5) mana sumber kewangan untuk dapatkan rawatan? Mengharapkan hospital kerajaan bagi saya tak cukup. Arwah kakak ipar saya meninggal disebabkan kanser payu dara. Kos sampingan (selain dari hopital kerajaan) abang saya terpaksa berhabis sekitar RM5,000 sebulan. Pendek kata, duit gaji hanya habis untuk rawatan sahaja.

(6) Hospital kerajaan hanya menanggung kos ubat dan rawatan sahaja sahaja. Kos alatan tidak ditanggung seperti membeli stent dan sping untuk jantung.

anda boleh baca kisah yang dikongsikan oleh ABD GHANI HARON dibawah.

 

(7) Jika meninggal dunia, apakah sumber kewangan untuk orang di bawah tanggungan kita untuk terus hidup (tanpa merempat dengan orang lain)?

Kalau dah cukup semua persediaan di atas, bagi saya takaful tak berapa penting. Ia mungkin perlu, sekadar untuk ‘protect’ duit saving dan harta kita daripada habis bila berlaku musibah.

Wallahu a’lam.

Yang Ikhlas Saudara,

Ahmad Amiruddin

018-9112460 / 014-5102376

Perunding Kewangan

Saya akan membantu anda menguruskan kewangan serta perunding takaful.

#happilyhelpingothers
#yourriskmanagementconsultant
#yourlifeprotectionconsultant
#sayapilihprodukkewanganIslam
#GulfEvolution

Catat Komen

0 Ulasan