Cara Mendaftar Bantuan Pendidikan Tinggi KADS1M

Cara Mendaftar Bantuan Pendidikan Tinggi KADS1M | Bajet tahun 2017 pihak kerajaan telah menukar bantuan pendidikan tinggi iaitu daripada baucer buku kepada bentuk kad debit pelajar.

Kad ini, bukan sahaja boleh membeli buku dan alat tulis, tetapi barangan komputer serta akses komputer juga boleh menggunakannya.

Untuk mendapatkan bantuan pendidikan ini, para pelajar pendidikan tinggi mestilah mendaftar dahulu secara online di laman website rasmi Bank Rakyat untuk mendapatkan kad debit KADS1M.

 

Cara Mendaftar

1. Masuk dalam website rasmi Bank Rakyat : http://www.bankrakyat.com.my/bppt

akan keluar seperti gambar dibawah

2. Masukkan semua maklumat yang diminta.

3. Pastikan pada section D “Preferred Branch (Collection of KADS1M Debit)” sila pilih tempat mudah untuk anda ambil KADS1M anda.

Saya sarankan supaya pilih berdekatan dengan Universiti anda belajar, kerana untuk ambil kad nanti tidak bersusah payah untuk membeli tiket balik.

4. Masukkan maklumat Universiti anda belajar kemudian emergency contact name masukkan nama penjaga seperti ibubapa, atau orang-orang yang terdekat tempat universiti anda jika berlaku kecemasan.

5. Tick kesemua syarat dan terma. Kemudian Submit.

Setelah submit anda berjaya akan keluar seperti gambar dibawah. Dan Menyatakan Pendaftaran anda telah berjaya.

Untuk mengambil KADS1M bagi berumur 18 tahun keatas sila bawa MyKad asal dan 1 salinan serta kad palajar tempat anda belajar serta 1 salinan.

Bagi berumur 18 tahun kebawah sila sertakan surat kebenaran ibubapa atau penjaga, salinan Mykad Ibubapa atau penjaga serta sijil kelahiran asal beserta 1 salinan.

Selamat mendaftar 🙂

 

Catat Komen

0 Ulasan