Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee| Konsep bekerja pada zaman sekarang kebanyakan sudah berubah, kerana mereka hanya boleh bekerja melalui sambungan internet sahaja, menyebabkan keperluan akses internet dan wifi semakin meningkat.

Disebabkan perkembangan teknologi ini, seorang anak tempatan telah memperkenalkan konsep Kerja dari rumah dengan iLancee. Konsep kerja ini dengan menawarkan servis hanya berbekalkan kemahiran yang anda ada, anda sudah mula boleh jana wang di sini.

Sebenarnya konsep bekerja dari rumah buat duit online melalui servis ini telah lama bertapak di negara luar, seperti Fiverr.com. Konsep yang digunakan oleh ilancee adalah hampir sama dengan fiverr.com cumanya berbeza hanya berfokuskan kepada negara asia tenggara sahaja seperti Malaysia, Indonesia, Brunai dan Singapore.

Kehadiran ilancee di negara Malaysia sudah lama bertapak semenjak tahun 2014 lagi. Tetapi mereka terpaksa menutup sebanyak 2 kali atas sebab beberapa masalah yang berlaku. Anda boleh baca kisah penutupan ilancee Klik sini untuk baca.

Pada kali ini, ilancee bangkit kembali versi 3 dengan wajah baru dan semangat baru serta membaiki beberapa kelemahan yang ada pada versi ilancee 1 dan 2.

ilancee versi baru

iLancee versi lama

Antara kelemahan yang dibaiki pada versi ke-3 ialah:

  1. Notifikasi tempahan melalui emel.
  2. Filter servis yang dianggap sampah.
  3. Perkongsian maklumat diantara seller dan buyer.

Kelemahan ini telah diselesaikan pada versi ketiga dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar sejak pelancaran 4 januari lepas sehingga kini.

Jana Pendapatan Online Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Kehadiran ilancee adalah untuk membantu usahawan-usahawan muda atau usahawan yang kretif yang ada berkebolehan, berkemahiran dan menukarkannya dalam bentuk servis untuk menjanakan pendapatan. Jika servis anda menarik dan rare, anda boleh mencapai angka jualan sehingga 4k sebulan.

Apa yang menarik ilancee ini ialah, pendaftaran dan penawaran servis yang anda tawarkan adalah premium. Disebabkan ianya premium anda hanya boleh tawarkan servis yang berkualiti sahaja dengan pakej RM25 seumur hidup anda boleh tawarkan servis sehingga 5 servis sekali gus dalam satu-satu masa.

Selain itu, ada beberapa pakej yang anda perlu tahu:

Standard Seller : RM25 (up to 5 service)

Advance Seller : RM50 (up to 15 service)

Super Seller : RM100 (up to 35 service)

Pakej ini dibuat adalah untuk mengelakkan daripada lambakan servis sampah yang tidak bernilai.

antara kategori servis yang boleh anda tawarkan dalam ILancee

 

Bagaimana Nak Mulakan Kerjaya Dengan iLancee?

1. layari https://www.ilancee.com/, kemudian tekan daftar.

 

2. Masukkan alamat emel, kemudia tekan teruskan.

anda akan terima emel pengesahan melalui emel yang didaftarkan seperti gambar dibawah. Sila buka emel anda untuk sahkan.

 

3. Daftar maklumat login anda, masukkan username yang inginkan, dan password.

 

4. Pilih pelan yang ditawarkan oleh ilancee. Pada permulaan saya sarankan supaya anda mengambil pakej RM25 iaitu 5 servis sahaja boleh diletakkan. Jika ada keuntungan guna duit keuntungan untuk menambah koata servis anda di iLancee.

5. Selepas memilih plan, anda sudah boleh memulakan kerjaya kerja dari rumah yang pertama.

a. masukkan tajuk yang sesuai “saya akan” mengikut kemahiran atau servis yang anda tawarkan.

b. Nilai amount servis anda. Letakkan pada harga yang paling berbaloi dengan nilai kerja anda.

c. Durasi masa servis yang anda boleh siapkan. Jika mampu siapkan lebih awal letak awal.

d. Jenis servis yang ditawarkan, saya tawarkan video iklan, jadi saya letak categori servis dalam video iklan.

e. Penerangan terhadap servis anda, apa bakal pelanggan akan dapat jika anda tawarkan servis tersebut. Sini anda boleh menarik minat pelanggan kenapa mereka perlu bayar anda untuk servis yang ditawarkan.

f.  Masukkan gambar yang berkaitan dengan servis anda.

g. Servis tambahan yang berkaitan dengan servis asal. Sebagai contoh servis asal saya ialah buat video iklan 5minit berharga RM300, dalam servis tambahan saya tawarkan sehingga 6-10 sebanyak tambahan RM50 sahaja.

h. Masukkan tag yang berkaitan servis anda.

i. Ceritakan arahan seterusnya selepas pelanggan membayar servis kepada anda, apa mereka perlu buat atau apa yang perlu anda dapatkan daripada mereka untuk siapkan servis dengan jayanya.

Kemudian Klik Simpan.

6. Anda akan dibawa ke satu halaman bayaran khas, untuk membolehkan servis anda diapprove buat pertama kalinya. Anda boleh pilih bayaran dalam pelbagai kaedah. sila ikut arahan pembayaran.

7. Tekan pada lihat servis anda, anda akan dapati servis anda masih lagi pending menunggu untuk diapprove oleh admin iLancee setelah pembayaran pertama kali dibuat.

4 kelebihan iLancee

Ini adalah antara kelebihan-kelebihan iLancee yang saya dapat senarai.

  1. Tiada unsur penipuan yang berlaku, kerana segala pembayaran yang dilakukan oleh buyer akan dimasukkan dalam akaun iLancee terlebih dahulu. Jika berlaku unsur penipuan anda boleh refund balik duit tersebut dan laporkan kepada pihak admin. Pastikan segala urusan dilakukan dalam iLancee.
  2. iLancee tempat berkumpulnya freelancer seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan juga brunai yang menawarkan servis premium dengan harga yang berpatutan. Secara tidak langsung buyer akan mencari yang mana seller terbaik.
  3. Seller boleh jana pendapatan sampingan tidak kira di pejabat atau dirumah sahaja tanpa memerlukan produk.
  4. Organik seo yang besar, kerana segala kos iklan untuk menarik buyer adalah diuruskan oleh pihak iLancee.

2 fungsi iLancee kepada pengguna

  1. Tempat membuat pendapatan sampingan dengan menawarkan servis dan kemahiran yang ada.
  2. Tempat buyer mencari servis premium dengan harga yang berpatutan.

Untuk pengetahuan anda, setiap kali anda berjaya menjual servis, Caj 20% akan ditolak daripada servis anda. Sebagai contoh satu servis anda menawarkan dengan harga RM10, setelah berjaya dijual RM8 milik anda dan RM2 milik iLancee.

Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative Studio, Semanis Kurma, Bina Blog Sendiri, Best Autoresponder, Panduan Bisnes Ebook, Buat Duit Blog, Best Hosting, Affiliate Malaysia, Poslaju TrackingInfobiz FB Ads, BinMuhammad, Seri Nian Blogger, Hiburan Sabah, Top Seo Friendly, Sentiasa Panas

Catat Komen

0 Ulasan