Saya Sudah Kerja Kerajaan, Hospital Kerajaan Kan Ada...

Saya Sudah Kerja Kerajaan, Hospital Kerajaan Kan Ada… Alasan ni adalah antara yang paling biasa dikeluarkan. Mungkin jika tiada pilihan, hospital kerajaan adalah yang terbaik. Tapi jika anda mampu peruntukkan sedikit belanja untuk mendapatkan rawatan yang lebih pantas, kenapa perlu susah-susah nak beratur panjang?

Pengalaman saya sendiri ketika anak sulung saya demam panas dan hantar ke hospital kerajaan. Terpaksa menunggu berjam-jam hanya untuk mendapatkan rawatan.
Manakala anak kedua pula, pergi terus ke Hospital Pakar Swasta, dalam tempoh 1 jam sahaja dah boleh selesai dengan Kad Perubatan Takaful IKHLAS..
Sanggupkah anda melihat anak anda menahan sakit berjam-jam? Jika YA, anda tidak memerlukan KAD PERUBATAN Takaful IKHLAS terbaik.
Kalau nak beli telefon, kebanyakkan dari kita nak yang terbaik. Apa kelas pakai telefon hitam putih sekarang ni? Saya nak iPhone 7 @ Samsung Galaxy Note 7. Biarlah mahal pun. Tapi berbaloi.
Tapi bila untuk rawatan diri sendiri dan anak-anak biarlah saya hantar ke tempat yang paling murah kalau boleh biarlah yang PERCUMA. Sanggupkah anda melihat keadaan anak-anak anda? Menahan sakit kerana kegagalan anda menyediakan hadiah yang terbaik untuk anak-anak?
Terfikirkah anda, jika tiba-tiba anda terlibat dalam kemalangan kritikal, dan berlaku berhampiran Hospital Pakar. Ambulans datang ambil anda, ke manakah anda akan dihantar? ke Hospital Pakar Swasta atau ke Hospital Pakar Kerajaan atau pada masa tu masih memilih nak ke hospital yang percuma sebab nak jaga budget?
Jangan gadaikan rumah dan harta benda bila sakit. Biarlah Takaful yang bayarkan untuk anda.
Apabila sakit, harta yang kita bayar berpuluh tahun pun kita sanggup jual asalkan sihat. Alangkah baik kalau ada MEDI PLAN Takaful IKHLAS
Kredit: Artikal ini saya siarkan kembali dalam blog saya yang dituliskan oleh saudara Fahmi Fnz Ikhlas di facebook beliau bertarikh 6 Februari 2017. 
Di artikal lepas saya ada tulis artikal perbandingan hospital kerajaan dengan hospital swasta yang mana terbaik. Klik Disini untuk baca.
Yang Ikhlas Saudara,
Ahmad Amiruddin
018-9112460 / 014-5102376
Perunding Kewangan
Saya akan membantu anda menguruskan kewangan serta perunding takaful..
#happilyhelpingothers
#yourriskmanagementconsultant
#yourlifeprotectionconsultant
#sayapilihprodukkewanganIslam
#GulfEvolution

Catat Komen

0 Ulasan