Siapa yang paling perlu ambil takaful dalam keluarga?

Siapa yang paling perlu ambil takaful dalam keluarga? Pemilihan dan merancang kewangan amat penting dalam menguruskan keluarga. Takaful adalah amat penting bagi seseorang untuk melindungi diri apabila berlakunya musibah. Apabila mempunyai takaful, kos perubatan tidak perlu difikirkan lagi  kerana syarikat takaful membayar kos perubatan dengan hanya menggunakan medical card sahaja.
Jadi persoalan disini siapakah yang paling perlu untuk ambil takaful?

1. Suami/Ayah

Pada pendapat saya, siapa yang paling perlu ialah siapa yang paling utama dalam keluarga? Utamakan yang utama terlebih dahulu. Dalam keluarga suami atau ayah adalah orang utama yang perlu dilindungi atau mereka yang menjadi Breadwinner dalam keluarga iaitu orang yang bertanggungjawab dalam memberi nafkah.
Apabila berlaku musibah terhadap breadwinner ini boleh menjejaskan pendapatan keluarga dan perbelanjaan seisi keluarga.

2. Isteri

Kebanyakan pada zaman sekarang, ramai kalangan wanita mempunyai kerjaya sendiri dan bersama-sama si suami untuk mencari nafkah dan pendapatan seisi keluarga.
Dalam situasi begini isteri juga wajib mengambil takaful.
Atau jika si suami mempunyai pendapatan yang lebih, apa salahnya untuk memberi perlindungan takaful kepada isteri tercinta.
Jika mempunyai bajet yang lebih, sebagai ibubapa perlulah fikirkan untuk perlindungan anaknya pula. Kerana banyak kisah-kisah yang berlaku ibubapa terpaksa jual rumah dan tanah semata-mata untuk merawat anaknya.

Kalau Bajet Ketat?

Tidak ramai ibubapa mempunyai bajet yang lebih dalam menguruskan keluarga. Jikalau mempunyai bajet yang sedikit ketat ibubapa cukuplah hanya sekadar mengambil Basic Plan sebagai perlindungan kematian serta hilang upaya kekal. Apabila berlaku musibah kematian, atau hilang keupayaan kekal menyebabkan kehilangan upaya untuk bekerja, ibu atau bapa atau pemegang hibah boleh menuntut wang tersebut daripada syarikat takaful.
Secara tidak langsung anak-anak atau isteri atau orang yang dihibahkan boleh menggunakan wang manfaat tersebut untuk kegunaan selepas berlakunya musibah.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi saya
Yang Ikhlas,
Ahmad Amiruddin
018-9112460 / 014-5102376 (whatsapp/call)
a.amiruddin5823@gmail.com
Perunding Kewangan
Saya akan membantu anda menguruskan kewangan serta perunding takaful .
#happilyhelpingothers
#yourriskmanagementconsultant
#yourlifeprotectionconsultant
#sayapilihprodukkewanganIslam
#GulfEvolution

Catat Komen

0 Ulasan