Takaful dan Syarikat Insurans Penipu?

Takaful dan Syarikat Insurans Penipu? Munkin anda pernah berpengalaman bukan? ataupun pernah dengar daripada cerita orang lain tentang masalah penipuan daripada syarikat Takaful betul tak?

Kenapa ye, syarikat Takaful menipu pengguna? ataupun pengguna sendiri yang tertipu?

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya syarikat insurans atau takaful tidak menipu, kerana mereka dikawal oleh bank negara. Anda sebenarnya tidak berhati-hati dalam menilai polisi apa yang anda bakal dapat. Atau agen menawarkan pelan yang besar dengan tawaran menarik, tetapi anda nak plan yang kecil tetapi ada tawaran menarik juga, terpaksa cut off daripada jumlah claim sebenar.

Disini saya ingin berkongsi, kenapa anda tidak boleh claim sesuatu claim daripada syarikat takaful apabila berlaku musibah. Ini adalah sebabnya.

1. Bayaran murah

Biasanya syarikat takaful bayaran murah mempunyai cover yang sedikit dan pelbagai syarat untuk dapat claim. Disebabkan murah anda tertarik dengan harganya murah dan terus membayar bulanan tanpa melihat syarat-syarat dalam premium, apa yang boleh claim dan apa yang tidak boleh claim. Ini sebenarnya masalah, apabila berlaku musibah timbulah isu penipuan kerana tidak dapat claim apa yang diharapkan.

i. Medical Card

Sebagai contoh, syarikat A menawarkan harga medical card pada harga RM50 sahaja, sedangkan syarikat lain minimum RM150.

Manfaat medical card biasanya cover kos perubatan di hospital swasta dan mempunyai nilai had tertentu untuk seumur hidup. Jikalau anda mendapatkan medical card pada harga murah, cover seumur hidup sikit, mempunyai had tahunan, serta tiada bayaran bersama apabila kos perubatan melebihi had tahunan.

Apabila kos rawatan melebihi had tahunan, maka selebihnya anda perlu membayarnya. Sebagai contoh, medical card syarikat A RM50 sebulan menawarkan kos perubatan RM150,000 keseluruhan. dan had tahunan hanya RM15,000 sahaja. Apabila tahun tersebut andai kata kos perubatan RM30,000 baki RM15,000 lagi adalah tanggungjawab anda. Anda perlu membayar baki tersebut kerana tiada bayaran bersama.

Contoh lain daripada takaful ikhlas, Mediplan daripada takaful ikhlas dengan harga minimum RM150, anda boleh mendapatkan kos rawatan sehingga RM850,000 dan tiada had tahunan. Selain itu mempunyai co-payment iaitu bayaran bersama apabila melebihi jumlah tuntutan 10% jumlah had sepanjang hayat. Sebagai contoh, kos rawatan anda RM100,000 dan had tahunan adalah RM85,000 sahaja iaitu 10% daripada RM850,000. Maka RM100,000-85,000 = RM 15,000 baki lebihan. adakah anda perlu bayar RM15,000 itu? tidak perlu kerana ada bayaran bersama anda perlu bayar 20% sahaja daripada lebihan had tahunan bagi pelan 100 – 200 dan 10% bagi pelan 250-700. Jumlah maksima co-payment adalah RM3000 sahaja dan RM12,000 syarikat takaful ikhlas akan bayar.

Contoh pengiraan:

lebihan  RM15,000.

perlu bayar 10% sahaja bagi pelan 250-700

Perlu bayar 20% sahaja bagi pelan 100-200

Had maksimum perlu bayar: RM3000 sahaja.

Contoh Pelan 250-700

15,000 x 10% = 1,500 (RM1,500 jumlah perlu bayar jikalau terlebih RM15,000, RM13,500 pihak takaful ikhlas akan bayar)

40,000 x 10% = 4000 (RM3,000 jumlah perlu bayar jikalau terlebih RM40,000, RM37,000 pihak takaful ikhlas akan bayar. P/s : had maximum adalah RM3000 sahaja walaupun dikenakan RM4,000)

Andaikata kos rawatan had tahunan melebihi RM3000 sahaja, adakah anda bayar sepenuhnya RM3000? jawapanya tidak kerana anda perlu bayar 10%.

iaitu:

3000×10%= RM300 (jumlah perlu bayar)

Contoh Pelan 100-200

15,000 x 20% = 3,000 (RM3,000 jumlah perlu bayar jikalau terlebih RM15,000, RM12,000 pihak takaful ikhlas akan bayar)

40,000 x 20% = 8000 (RM3,000 jumlah perlu bayar jikalau terlebih RM40,000, RM37,000 pihak takaful ikhlas akan bayar. P/s : had maximum adalah RM3000 sahaja walaupun dikenakan RM8,000)

Andaikata kos rawatan had tahunan melebihi RM3000 sahaja, adakah anda bayar sepenuhnya RM3000? jawapanya tidak kerana anda perlu bayar 20% untuk pelan ini.

iaitu:

3000×20%= RM600 (jumlah perlu bayar)

ii. Accident atau cacat kekal

Kedua, kebiasaan bayaran premium yang murah hanya cover untuk penyebab eksiden atau cacat kekal disebabkan eksiden. Segala penyebab musibah lain tidak dicover.

2. Tidak isytihar Penyakit sedia ada

Tidak istihar penyakit sedia ada banyak berlaku kepada pencarum. Niatnya adalah untuk menipu syarikat takaful supaya kos perubatannya dapat dicover oleh takaful.

Apabila sakit tersebut berulang, mereka pergilah ke specialist hospital untuk berubat dengan harapan syarikat takaful cover kos perubatan. Apabila membuat tuntutan claim tidak dapat dituntut, dan terpaksa membayar kos rawatan mahal dan mulalah mengamuk mengatakan tipu.

Sedangkan masalah awal tidak istihar penyakit sedia ada. Apabila membuat tuntutan claim pihak syarikat akan melihat laporan doktor dan sejarah perubatan lepas sebelum mereka mengambil takaful. Jikalau ada sejarah perubatan lepas, sebelum mengambil premium takaful, maka nasiblah segala kos perubatan ditanggung sendiri.

Istihar penyakit sedia ada, walaupun anda sudah sembuh sepenuhnya penyakit lama perlu kerana pihak takaful akan menilai samada sijil anda lulus atau tidak.

3. Ketinggalan dalam membayar premium bulanan

Ini banyak berlaku dikalangan pencarum. Membayar sekian lama premium takaful, kemudian rasa rugi kerana tidak ada sakit sepanjang bayaran tersebut dan berhenti daripada membayarnya. Tetiba Allah datangkan musibah sakit, pada bulan tersebut semasa anda berhenti membayar.

Katakan anda sudah membayar 2 tahun 4 bulan tanpa ketinggalan, tetiba bulan kelima rasa rugi, dan tak nak bayar. dan bulan ke-6 terkena musibah. Walaupun 2 tahun 4 bulan anda membayar dan miss 1 bulan sahaja. premium anda sudah tidak berjalan untuk bulan tersebut.

Jika berlaku musibah pada bulan tersebut, anda tidak boleh membuat tuntutan kerana sijil premium takaful anda diberhentikan kerana tidak membayar.

Disini mulalah marah kepada pihak takaful dan menipu mereka kononnya kerana tidak membayar tuntutan. Sedangkan salah diri sendiri kerana terlepas bayaran.

4. Tidak membaca polisi yang dilindungi

Tidak membaca perlindungan polisi satu masalah juga. Kebanyakan mereka membeli dan membayar premium takaful tidak membaca polisi apa yang syarikat takaful lindung, kematian, penyakit kritikal dan sebagainya dan berapa yang mereka berikan claim jika berlaku musibah tersebut adakah cukup atau tidak cukup?

P/s: Ini sahaja yang saya mampu senaraikan, jika anda mempunyai pengalaman sendiri atau tambahan bolehlah berkongsi dan bertanya diruangan komen dibawah. terima kasih.

Yang Ikhlas Saudara,

Ahmad Amiruddin

018-9112460 / 014-5102376

Perunding Kewangan

Saya akan membantu anda menguruskan kewangan serta perunding takaful.

#happilyhelpingothers
#yourriskmanagementconsultant
#yourlifeprotectionconsultant
#sayapilihprodukkewanganIslam
#GulfEvolution

Catat Komen

0 Ulasan