4 FASA MARKETING PENTING TAHUN 2017!

4 FASA MARKETING PENTING TAHUN 2017! – Adakah anda seorang peniaga yang sedang guna cara pemasaran online untuk memasarkan bisnes anda?

Tapi sejauh manakah cara yang biasa anda guna sekarang ini dapat menjamin, menguntungkan atau berkesan meningkatkan hasil jualan anda?

Dan jika anda SERIUS nak bisnes anda bertahan dan terus maju untuk masa jangka yang panjang, anda perlu tahu bagaimana setiap laluan untuk bisnes anda.

Jadi hari ini saya nak kongsikan kepada anda, 4 FASA MARKETING PENTING TAHUN 2017!

[FASA 1] – NAMPAK

Untuk langkah pertama, anda harus ingat majoriti orang membeli produk/service yang mereka selalu NAMPAK.

Ok,kita ambil contoh secara offline, kenapa majoriti produk owner letak papan iklan yang besar kat tepi highway atau jalan2 yang menjadi tumpuan orang ramai? Tujuannya supaya orang ramai yang lalu akan NAMPAK dan sedar akan kewujudan produk mereka.

Jadi melalui cara online, anda boleh beriklan di Facebook, Google atau mana2 laman sosial yang lain untuk menampakkan bisnes anda kepada pengguna.

Selain itu, fasa ini juga amat berguna untuk anda mencari dan tuju kepada ‘target market’ yang betul2 berminat dan berkualiti terhadap produk/service anda.

[FASA 2] – KENAL

Anda harus ingat, walaupun pelanggan dah nampak dan lihat iklan tentang produk/service anda, tak semestinya mereka terus membeli.

Kenapa? Sebab pelanggan tak KENAL!

Nak KENAL apa? Baiklah.. sebagai seorang peniaga, anda mestilah memperkenalkan kepada pelanggan ;
– Apakah jenama produk/service anda
– Apa fungsi atau kegunaan sebenar produk/service anda
– Atau siapa anda dan apa kepakaran anda dalam bisnes yang ditawarkan

Jadi bila orang dah selalu NAMPAK dan KENAL anda, pasti mereka akan ingat kepada anda!

[FASA 3] – SUKA

Bila pelanggan dah suka, anda jual apa sekali mesti senang. Betul tak? Tapi macam mana nak buat pelanggan suka dengan anda?

Ok, untuk ini ada banyak cara yang anda boleh gunakan. Salah satu nya melalui copywriting yang ‘MEMIKAT atau MEMUKAU’ di iklan anda. Letakkan diri anda sebagai pelanggan supaya anda memahami apa kehendak mereka. Gunakan bahasa yang mudah faham supaya pelanggan selesa untuk membaca sampai habis.

Anda juga boleh bagi sebanyak mungkin tawaran yang menarik kepada pelanggan contoh seperti diskaun atau free gift. Siapa yang tak suka barang murah atau percuma kan? Confirm suka!

Selain itu, banyakkan sharing tips dan info2 yang berguna berkaitan produk/service yang anda tawarkan di fanpage atau blog/website anda. Cuba bina hubungan dengan pelanggan di peringkat awal. Jangan kedekut nak share manfaat dengan pelanggan! Dengan cara begini, para pelanggan akan lebih selesa dengan anda. Jangan lah nampak sangat selalu nak menjual!

[FASA 4] – TRUST

Yes..TRUST atau PERCAYA! Fasa ini yang paling penting dan fasa dimana majoriti peniaga gagal!

Tak kisah dah beratus kali pelanggan NAMPAK, dah berbulan pelanggan KENAL & dah betapa pelanggan SUKA kepada anda, mereka tetap tak akan membeli kalau tak TRUST!

Mungkin ini isu yang remeh bagi sesetengah peniaga. Tapi percaya lah, isu yang remeh ini kalau anda selesaikan mampu menaikkan hasil jualan bisnes anda berlipat kali ganda.

Jadi macam mana nak buat pelanggan TRUST kepada anda?

Yang pertama sekali, cuba tampilkan sebanyak mungkin testimoni dan feedback pelanggan. Tunjukkan result dari mereka yang pernah guna atau beli produk/servis anda.

Contoh lain, bagi peniaga yang baru nak mula bisnes pula anda boleh tampilkan lesen SSM sebagai bukti yang anda adalah ‘trusted seller’.

Bagi owner produk pula terutamanya produk skincare atau kesihatan, anda boleh tampilkan nombor KKM atau sijil halal untuk produk anda. Anda harus sedar dengan kes2 yang terjadi akibat isu ini. Jadi ianya amat penting untuk dapatkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan!
.
.
Dah baca? Faham ke faham?

Harapan saya, semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu bisnes anda lebih maju jaya.

Jangan lupa SHARE post ini kepada rakan2 bisnes anda yang lain ok? 🙂

credit: Fan Page Fahdi Ghazali – SIFOO International Sdn Bhd

Catat Komen

0 Ulasan