Tempoh Menunggu Medical Card Takaful Ikhlas

Tempoh Menunggu Medical Card daripada syarikat takaful biasanya 30-120 hari bergantung jenis penyakit yang dihadapi.

Penyakit yang wujud selepas tempoh menunggu sahaja boleh dilindungi. Syarat ini dibuat adalah untuk mengelakkan daripada berlaku penipuan tuntutan yang dibuat oleh pelanggan.Tempoh Menunggu Medical Card

Jikalau penyakit yang telah ada sebelum membeli medical card atau dalam tempoh menunggu ia tak akan dilindungi melainkan sudah declare kepada syarikat takaful, dan pihak syarikat meluluskan untuk menanggung risiko tersebut seperti pembedahan akan datang atau penyakit tertentu akibat penyakit asalnya.

Dari segi asasnya, medical card akan beroperasi sepenuhnya selepas tempoh masa maksimum 120 hari tempoh menunggu. Segala penyakit baru yang yang ada selepas 120 hari akan dicover sepenuhnya rawatan hospital.

Antaranya :-
1. Hipertensi, Diabetis Mellitus atau Penyakit Kardiovaskular
2. Semua tumor, kanser, cysts, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari
3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
6. Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

kes-kes terpencil medical card

Keadaan Meragukan (Case Under Investigation)

Bagi tuntutan perubatan yang menimbulkan keraguan dalam tempoh 2 tahun pertama dari tarikh kelulusan (tempoh boleh pertikai), syarikat takaful berhak menangguh jaminan perlindungan dan meminta anda membuat bayaran terlebih dahulu, sehingga hasil siasatan diketahui dari laporan doktor yang pernah merawat anda. Ini bagi mengelakkan berlakunya penipuan dalam tuntutan takaful (biasanya dikhuatiri anda mempunyai masalah kesihatan yang tidak diisytiharkan semasa membeli kad perubatan seperti darah tinggi, kencing manis, sakit dada, sesak nafas, jantung tersumbat, ketumbuhan, tonsil, batu karang dan sebagainya).

credit: akupenjualinsyurans.blogspot.com

Yang Ikhlas Saudara,

Ahmad Amiruddin

018-9112460 / 014-5102376

Perunding Kewangan

Saya akan membantu anda menguruskan kewangan serta perunding takaful..

#happilyhelpingothers
#yourriskmanagementconsultant
#yourlifeprotectionconsultant
#sayapilihprodukkewanganIslam
#GulfEvolution

Catat Komen

0 Ulasan