Tahukah anda beza peniaga dengan usahawan?
Tahukah anda beza peniaga dengan usahawan? Peter Drucker, tokoh berautoriti dalam teori pengurusan mengatakan bahawa kekeliruan yang sangat ketara takrifannya.
Umumnya peniaga ialah individu yang menjual produk atau perkhidmatan sahaja; atau kedua-dua sekali gus. Peniaga boleh memilih untuk melaksanakan perniagaan samada secara kecil-kecilan, sederhana mahupun besar-besaran. Perananya sebagai pemudah bekalan produk, perkhidmatan, ataupun kedua-duanya sekali gus adalah memenuhi keperluan pengguna, yang disediakan di sesuatu tempat yang menjadi tumpuan pengguna.
Lazimnya, peniaga akan memilih tempat atau lokasi perniagaan yang strategik. Ertinya, ramai pengguna tertarik untuk berkunjung ke situ untuk mendapatkan keperluan ataupun memperolehi manfaat yang ditawarkan oleh peniaga. Pembelian daripada pengguna mendatangkan keuntungan kepada peniaga.
Usahawan ialah individu yang menguasai sesuatu industri. Usahawan melibatkan perniagaan yang besar dan terbesar. Peranannya adalah sebagai peneraju yang menakluki pasaran dengan memajukan sesuatu industri.
Contohnya: Syarikat Apple – Steve Job merupakan seorang usahawan. Manakala kilang dan pengedar produk apple adalah peniaga.
Usahawan membina rangkaian pengedaran berbentuk outlet kepada ramai peniaga, demi menyuburkan industri pilihannya. Peryertaan para peniaga mendatangkan keuntungan kepada usahawan.
Kedua-dua, peniaga dan usahawan memasuki alam perniagaan dengan perancangan yang teliti dan berencana. Kaji selidik dan strategi memajukan perniagaan serta matlamat disediakan terlebih dahulu dengan jelas dan terancang.
Tak faham lagi? lihat lihat video durasi 3:27 minit ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan