3 perkara yang perlu diawasi bila perniagaan kita berada di atas rantaian bekalan orang lain

3 perkara yang perlu diawasi bila perniagaan kita berada di atas rantaian bekalan orang lain Semalam saya cerita berkenaan apa yang ...

3 perkara yang perlu diawasi bila perniagaan kita berada di atas rantaian bekalan orang lain

Semalam saya cerita berkenaan apa yang perlu diambilkira bila memilih pembekal. Maknanya mereka berada di atas rangkaian bekalan kita.
Bagaimana pula jika kita sendiri berada di atas rantaian bekalan orang lain? Ini adalah bagi perniagaan B2B, menjual kepada perniagaan lain, tidak kepada pelanggan runcit di pasaran terbuka. Contohnya, mengeluarkan sabun untuk dijual kepada syarikat jualan lansung.
Risiko perniagaan yang ada di atas rantaian bekalan orang lain merangkumi:
1. Pengucupan pasaran mereka akan menyebabkan jualan kita mengucup sama. Ini boleh terjadi ke atas pelanggan secara individu atau penguncupan industri berkenaan secara keseluruhan. Oleh itu kita perlu sentiasa mengikuti perkembangan permintaan ke atas barangan yang dijual oleh pelanggan yang membeli barangan kita.
2. Kalau kedudukan kewangan pelanggan lemah, ianya juga boleh menjejaskan aliran tunai perniagaan kita. Apa lagi jika jualan kepada pelanggan berkenaan peratusnya tinggi berbanding dengan jualan keseluruhan perniagaan kita. Jika mereka menjadi pelanggan utama, mereka juga akan meminta tempoh kredit yang panjang, mereka nak suruh kita biayai modal pusingan mereka. Oleh itu, kena berhati-hari bila meningkatkan jualan kepada pelanggan yang besar. Cuba nilai kekuatan kewangan mereka dengan mengkaji penyata kewangan yang ada.
3. Di dalam industri yang sentiasa berubah, spesifikasi produk yang diperlukan juga boleh berubah dengan cepat. Adakah perniagaan kita mempunyai daya kajian dan pembangunan (R&D) yang boleh melayan kehendak pelanggan? Jika kita lambat atau tidak boleh memenuhi spesifikasi pada kos yang pembeli mahu, mereka boleh cari pembekal lain.
Berhati-hati jika mahu membekal kepada pelanggan besar. Ramai usahawan mahu membekal kepada pasaraya, contohnya. Mereka biasanya membeli dengan jumlah yang besar, harga yang rendah dan tempoh kredit yang lama. Adakah perniagaan kita mempunyai kapasiti pengeluaran dan kewangan yang cukup bila berjual kepada pelanggan sebegini? Jangan kejar glamour tetapi akhirnya tersunkur kerana tak cukup modal.
Sebab itu di dalam perniagaan, kita kena pandang ke depan dan ke belakang. Ke depan untuk membaca arah aliran industri, permintaan dan kehendak pelanggan. Ke belakang supaya pembekal kita boleh terus menyokong kita.
Oleh : Nik Hasyudeen

COMMENTS

Nama

Bisnes,3,Bisnes Gaya Air Asia,1,Idea Baru,2,Info Bisnes,3,Kerugian,2,Nota Bina Copywriting,1,Nota Bisnes,4,Nota Close Sales,2,Panduan,1,peniaga vs usahawan,1,Startup,2,Tazkirah Bisnes,1,Tutorial,1,Ubi Jaga,1,Uncategorized,2,usahawan vs peniaga,1,
ltr
item
Nota Amir: 3 perkara yang perlu diawasi bila perniagaan kita berada di atas rantaian bekalan orang lain
3 perkara yang perlu diawasi bila perniagaan kita berada di atas rantaian bekalan orang lain
https://2.bp.blogspot.com/-a5QCt_mjnpw/XEpUivpiBqI/AAAAAAAANLE/TSkJc3_xpQYI8NueNmGwoF9jP_XC1RMGwCLcBGAs/s640/3%2Bperkara%2Byang%2Bperlu%2Bdiawasi%2Bbila%2Bperniagaan%2Bkita%2Bberada%2Bdi%2Batas%2Brantaian%2Bbekalan%2Borang%2Blain.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-a5QCt_mjnpw/XEpUivpiBqI/AAAAAAAANLE/TSkJc3_xpQYI8NueNmGwoF9jP_XC1RMGwCLcBGAs/s72-c/3%2Bperkara%2Byang%2Bperlu%2Bdiawasi%2Bbila%2Bperniagaan%2Bkita%2Bberada%2Bdi%2Batas%2Brantaian%2Bbekalan%2Borang%2Blain.jpg
Nota Amir
https://www.amiruddin.me/2019/01/3-perkara-yang-perlu-diawasi-bila.html
https://www.amiruddin.me/
https://www.amiruddin.me/
https://www.amiruddin.me/2019/01/3-perkara-yang-perlu-diawasi-bila.html
true
961724647099121804
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content