BERLUMBA ATAS TREK BISNES SENDIRI & TIDAK MENCURI PELANGGAN

BARU TAU!

"Oh..ini maksud 'BERLUMBA ATAS TREK BISNES SENDIRI' & 'TIDAK MENCURI PELANGGAN' (istilah ini tidak wujud) dan bersaing.

Ada seorang jurugambar otai. Sudah 10 tahun dalam arena itu.

Katanya sekarang sebagai contoh, jika harga profesionalnya RM1,500, jurugambar baru dengan pengalaman sedikit dan alatan minima caj RM800.

Maka pelanggan akan memilih jurugambar baru. Sedangkan daripada sudut seni dan kemahiran, beliau lagi berpengalaman dan ilmu baru sudah dikemaskini menjadikan nilainya bertambah.

Apa dia lakukan untuk terus kekal segar dan menjadi pilihan TANPA MENURUNKAN HARGA SAMA?

1. Profil diri mesti dibuat (saya faham, BRANDING)

2. Tambah nilai dengan ekstra servis.

3. Beri hadiah, harga kekal dan kurangkan sedikit dengan beri hadiah.

Bila jurugambar baru buang harga, mereka tak boleh tiru macam dirinya untuk beri hadiah tambahan. Jika tiru keuntungan makin sedikit.

Akhirnya dia berjaya juga.

Dalam Business Model Canvas, ia ada dalam kotak-kotak USP dan Customer Relationship.


Catat Komen

0 Ulasan