Kisah Tj Sassani Sangup Berhijrah Untuk Bisnes

Kisah Tj Sassani Sangup Berhijrah Untuk Bisnes

13 tahun lalu, dalam satu penerbangan dari San Fransisco ke Boston, seorang perunding bisnes muda, TJ Sassani, duduk sambil perhatikan dari jauh seorang lelaki lain. Lelaki itu berumur sekitar 65 tahun dan kelihatan letih itu sedang masukkan begnya ke tempat simpanan beg.

Ini buatkan TJ berfikir; selama ini beliau tidak puas hati dengan kerjayanya sekarang. 30 tahun lagi, beliau mungkin akan alami nasib yang sama seperti lelaki tua itu jika beliau tidak lakukan sesuatu. 

Sejam selepas tiba di Boston, TJ ambil keputusan drastik hantar surat perletakan jawatan. Setahun berikutnya, beliau habiskan masa dengan mengembara ke seluruh dunia sambil cari ilham apa yang ingin dilakukan.

Semasa dalam pengembaraannya, TJ sukar buat tempahan untuk buat aktiviti tempatan seperti berakit di pergunungan Swiss, terokai pendalaman China dan merentas pergunungan Himalaya.

Ini beri beliau idea untuk lancarkan Zozi pada tahun 2008. Bisnes Zosi adakah tawarkan pengembara pakej pengalaman pengembaraan yang menakjubkan dengan mudah.

Selepas 12 bulan, pakejnya yang harga cecah beribu dollar tidak dapat sambutan. Pelbagai strategi digunakan untuk pasarkan produknya termasuk lantik affiliate, tetapi tidak berjaya. Puncanya, nama Zozi yang masih baru dalam pasaran sukar untuk raih keyakinan pelanggan. 

Sampai ke satu tahap, modal bisnesnya kering. Berbulan-bulan pekerjanya tidak dapat gaji. Ada yang berhenti dan ada yang pilih bertahan bersama TJ. Beliau kemudian ubah model bisnesnya dan tawarkan pakej aktiviti ringkas di destinasi tempatan dengan harga yang lebih murah seperti pelayaran di laut pada harga USD50 sahaja. 

Sekiranya pelanggan puas hati, mereka akan tawarkan pula pengembaraan 2 hari ke Mexico dan seterusnya pakej 10 hari pengembaraan di kepulauan Greek.

Ia berjaya. Pelanggan yang rasai pengalaman pakej harga murah mula yakin untuk beli pakej yang lebih mahal. 

Zozi turut beri jaminan pulangan wang 100% bagi yang tidak puas hati. Ada yang minta pulangan wang tetapi ini juga bolehkan TJ kenalpasti dan senaraihitam pengendali aktiviti pengembaraan yang tidak bertanggungjawab.

TJ juga beri insentif USD500 kepada setiap pekerja Zozi untuk rasai sendiri pengalaman pakej pengembaraan Zozi pada setiap suku tahun. Tujuannya agar mudah untuk mereka jual pakej-pakej itu.

Bisnes Zozi terus berkembang dan berjaya tarik minat pelabur untuk labur sebanyak USD22 juta. Salah seorangnya adalah Richard Branson. 

Pada tahun 2013, jualan yang dicatat adalah sekitar USD50 juta dan dua tahun selepas itu, ia berjaya catat jualan USD118 juta.

Ketika ditanya tentang keputusannya untuk berhenti dan mulakan benda baru, jawab TJ ;

“Memang agak gila memikirkan yang saya sanggup berhenti kerja dan mencuba sesuatu yang baru serta belum dibuktikan boleh berjaya. Tapi selepas bertahun-tahun bekerja keras, memang sangat menggembirakan apabila kami berjaya membina bisnes yang sebenar.

Dan satu perkara yang pasti, saya lebih berpuas hati dan gembira sekarang berbanding dahulu.”

[ Olahan dari artikel American Express/Forbes ]

Penulisan oleh : Mazlan Mohamad

Kesimpulan Kisah Ini:

  1. Berhijrah mencari peluang dan idea bisnes
  2. Sale sendu, sentiasa fikir idea baru untuk mengatasi masalah tersebut
  3. Bermula dari kecil ke besar (pakej kecil dan upsell ke pakej lebih besar)
  4. Memberi jaminan dan tanggungjawab terhadap servis yang dijalankan
  5. Menghantar pekerja sendiri untuk merasai pengalaman dan tambah baik servisnya.
  6. Bekerja keras

Catat Komen

0 Ulasan