Pemimpin Yang Bagus

Pemimpin yang bagus, apabila menetapkan sasaran atau jangkaan, dia tentukan hasil yang perlu dicapai bukannya langkah-langkah yang perlu dilakukan.



[Marcus Buckingham ]

Maksud :

p/s : ini adalah olahan sendiri daripada saya, kemungkinan betul atau kemungkinan salah. Jika anda ada maksud tersendiri, bolehlah komen dibawah. Terima kasih.

  1. Sebagai Seorang pemimpin, perlu mempunyai visi yang jelas dalam mencapai sesuatu perkara.
  2. Sebagai pemimpin, dia mempunyai anak buah bawahannya. Langkah-langkah hanyalah perlu dilakukan oleh anak buahnya. Pemimpin hanya memberi arahan, dan memastikan langkah-langkah yang dilakukan oleh anak buahnya itu boleh mencapai hasil yang perlu dicapai.
  3. Sebagai seorang manusia, setiap kerja yang dilakukan tidak boleh lakukan kesemuanya seorang diri. Nanti akan jadi carca merba dan kalut dalam melakukan kerja. Dan ini boleh menyebabkan apa hasil yang perlu dicapai akan terbantut.
  4. Untuk pergi yang lebih besar, kita mestilah mempunyai team, dan kita sebagai pemimpin atau ketua team tersebut, hanya memantau team sahaja, dan pastikan langkah tersebut boleh mencapai hasil yang perlu dicapai. Tak kira jalan apa yang diambil untuk mencapai hasil tersebut.
Pemimpin Yang Bagus

Catat Komen

0 Ulasan