#STORY 1: Sales Jangan Risau, Buat Perkara Besar Dulu, Sale akan masuk sendiri.

Hampir sebulan aku berada di kok lanas bersama poknik. Alhamdulillah beruntung sangat, aku merasakan antara yang paling bertuah.

Hampir setahun aku mencari kerja, kebanyakan tak dapat. Kadang-kadang terfikir juga kenapa masih tak dapat kerja, adakah kelayakan ijazah yang bernilai RM26k ini tidak laku? atau tersalah bidang masa memohon.

Rupa-rupanya Allah nak bagi yang lebih baik. Segala hal berkaitan dengan rezeki, allah dan tetapkankan samada ada cepat dan lambat je.

26 Januari 2019, bermula hijrah pertama aku, dan hari ini dah hampir sebulan aku duk kok lanas.

Poknik selalu pesan kepada team kami, soal rezeki, sales tak payah risau jika kita dah lakukan perkara besar dalam hidup. Sales atau rezeki tu datang sendiri saja.

Poknik cakap, rezeki dan sales tu benda kecil jah, seperti pasir. Poknik bagi satu analogi,

Ibarat sebuah bekas diisi penuh dengan pasir, sudah tentu barang besar tak dapat nak isi. Cuba isi barang besar terlebih dahulu, barang yang kecil senang je nak isi masuk di celah-celah barang besar.

Poknik 2018

Pok Nik bagitau barang besar tersebut adalah, solat diawal waktu, bangun subuh berjemaah dimasjid, solat maghrib dan insyak berjemaah, sedekah setiap pagi, baca quran jangan tinggal. Kemudian kerja marketing, buat je. Nanti akan datang dengan sendiri.

Kalau dah buat benda betul, niat dah baik, jangan risaulah rugi semua tu, semua tu dicatat pahala diakhirat nanti.

Jauh sungguh pandangan poknik, tak risau pun soal rugi dalm bisnes, terlalu yakin dengan rezeki yang Allah tetapkan.

Untuk hijrah ini, insyaAllah dalam perancangan, jikalau projek ini berjaya, setiap orang akan buka satu syarikat Sdn Bhd, dan poknik akan jadi share holder untuk syarikat ni.

!!GOOD LUCK AMIR!!

Catat Komen

0 Ulasan