Science Of Persuasion - Cara Nak Buat Orang Cakap "Yes" Pada Request Kita

Untuk buat copywriting yang berkesan penting setiap copywriter perlu ada skill persuasion untuk menjadikan copywriting yang mampu memukau dan menjual.


Dari buku Dr. Robert B. Cialdini dengan tajuk “Influence: The Psychology of Persuasion” memaparkan 6 prinsip mengenai Persuasion iaitu Reciprocity, Liking, Scarcity, Authority, Consistency, dan Social proof (Consensus).

Ada 6 Prinsip Science Of Persuasion

1. Reciprocity - "obligation to give when you receive"

- Rasa nak bagi balik bila orang mula-mula bagi sesuatu. Apabila kita berikan kebaikan kepada orang lain, maka orang yang terima kebaikan tersebut cenderung untuk membalasnya kembali.

Contoh:
1. Orang Invite kita birthday party dia, untuk next InsyaAllah kita akan invite dia untuk birthday party kita pula.

2. Bagi gula-gula sebelum bagi bil. Dapat tingkatkan tip rate 3%. Kalau bagi 2 gula-gula dapat tingkatkan tip 14%.

Cara bagi:
Bagi i, bla, patah balik cakap, " For you nice people, here's an extra mint".

tip naik = 23%

Jadi orang pertama yang bagi secara "personalize" & "tak dijangka"

2. Scarcity - Orang nak banyak, benda yang ada sikit je.

Ini memang antara sifat manusia. Barang tu semakin sikit dan terhad semakin ramai yang mahu barang tersebut. seperti oasis yang ada di padang pasir.

Contoh:
Midnight sale, new year sale, Black Friday Sales, Hari Raya Sales sangat jelas mengimplementasi prinsip ini. Dimana prinsip ini menawarkan sesuatu dalam masa yang singkat dan terhad. Orang akan beramai-ramai untuk membeli dan mendapatkannya.

Bagi manfaat + Bagi apa yang Unik + Bagi tahu apa yang dia akan HILANG kalau tak beli dari kita

Contoh dia akan HILANG kalau tak beli dari kita bagi produk penjagaan kulit wajah:
- Muka lagi teruk
- Toksik lagi banyak pada muka setiap hari pakai produk yang bertoksik
- Jadi lagi lambat dan susah nak pulih nanti
- Contact Sekarang

3. Authority - Orang suka ikut nasihat "Credible Knowledgeble expert"

- Orang akan mengikuti pakar-pakar berpengetahuan yang boleh dipercayai
- Letak gambar pakar penyelidik produk tersebut atau lebih dikenali sebagai orang yang ada autoriti tentang penyelesaian masalah dapat diselesaikan melalui produk tersebut.
-  Guna Copywriting orang yang introduce atau rekemen "credibility" penyelidik.

Kajian Study:
i. 20% naik appointment
ii. 15% naik tandatangan kontrak

4. Konsistensi - Aktif dengan cara dan minta komitmen kecil dulu yang mudah dibuat/dicapai

- 10 hari awal, minta orang awam tampal sticker kecil "Driver safety" kat cermin depan rumah dorang.
- 10 hari selepas, pacak wooden board yang tulis "Drive safety" pun dorang ok.

p/s: kalau awal-awal suruh dorang pacak wooden board besar tu dorang tak nak.

5. liking

Dalam prinsip liking ni, "Orang lebih suka mengatakan ya kepada mereka yang mereka suka" ada 3 Faktor Penting untuk orang mengatakab ya antaranya ialah:
i. Kita suka orang yang SAMA dengan kita (Similirity)
ii. Kita suka orang yang PUJI kita (Compliments)
iii. kita suka orang yang BERKERJASAMA dengan kita untuk GOAL/TUJUAN yang SAMA (Cooperation)

untuk mencapai 3 Faktor penting ni kita mesti sembang persamaan kita dengan dia, puji secara jujur dan baru bina bisnes "bekerja untuk goal yang sama".

6. Consensus - Bila Kita Tak Pasti, Kita Akan Tengok Tindakan & Sikap Orang Sebelum Kita Tentukan Apa Kita Nak Buat.

75% Orang yang tinggal dalam bilik ni, guna semula tuala mereka (hotel).

p/s: Nota ini masih dalam proses kemaskini. InsyaAllah akan dikemaskini dari masa ke masa.

Related Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Artikel